Thursday, December 17, 2009

Ukulele

::ZaZa
Thursday, December 17, 2009

Bile budak kecik buat..amboi-amboi bukan main cakap comel la, cute sangat la, geram laaa..

Cuba budak besar yang buat sebijik camtu..mau kene Boooooooooo.. mau kene sepak kot :p

Monday, December 14, 2009

Popcorn time

::ZaZa
Monday, December 14, 2009
Hari ini yang paling berkobar-kobar sebab nak sangat habis exam. Plan awal, lepas exam boleh enjoy dengan PPG. Perasaan debar-takut sakit usus-jantung-perut semua memang hilang sikit-sikit bile berangan 'beratur beli bertih jagung dan air minuman bergas' berpimpin tangan bersama-sama. Perasaan bunga-bunga bile berangan tengok movie dan gelak terbahak-bahak tak reti nak cover bile tengok Princess and The Frog.

Malam-malam berangan nak tunggu prince charming konons




Prince charming ahhh.. Bukan Frog charming wehhh


Ha..ni baru betul..

Tapi end up tak jadi wehhhhhh. Dang! Harapan dah setinggi gunung nak bersuka ria dengan PPG tapi tu ah..cancel. Pastu..Pastu...



Memang tak boleh nak fikir plan apela. Perut lapar. Pegi makan lah dulu kat Kedai Siam di Kelana Mall. Hameeekkk.. Nasi goreng udang aku makan sampai licin uolss.


Oh..exam tadi? Alhamdulillah... Thanks to PPG sebab banyak support aku =)


Dan.. sebab malam ni dah allocate untuk PPG pastu plan dah ranap, maka..terus pulang lah. Dan, selesai je mandi dan kemas-simpan-susun buku, aku terus on laptop.





Goodnite korang..


Tata Titi Tutu

Sunday, December 13, 2009

Kenapa kau buat aku panas?

::ZaZa
Sunday, December 13, 2009
Kipas-angin-duduk membuat hal lagi
Akan ada bunyi macam gabungan serombong-kapal dan siren-ambulan bile ON
Bunyik macam nak pecah okay

Selalunya (dah 3bulan berlakunya kisah yang sama) akan bunyi kejap jer..Pastu dia senyap ah
Tapi tadi..bunyi tak berhenti..sangat mengganggu-gugat tahap cipan woh

Hal kipas pun nak mengecoh kan?
Bukan apa..time-time sibuk menelaah buku ni la dia mengada gedik

Aku punya tahap kesabaran dah sipi-sipi dah ni
Aku angkut kipas tu, pastu cari screw dan minyak..
Aku perosek..
Aku godek

Dari akauntan menjadi 'teknisyen'
Aku dah bukak-bukak
Kipas tu dah togel
Hikhik

Pastu..aku biar jer..
Now tunggu Nunu untuk pasangkan semua balik.. Tipu jer..
Kejap lagi aku pasang sendiri
Tunggu nunu..nanti dia patahkan tengkuk kipas aku.. Oh Tidak..

Sepatutnya boleh je nak beli baru
Tapi dalam hati ada perasaan macam kipas tu elok lagi, boleh guna lagi walaupun nyawa (motor) dia macam dah nazak

Ada sesiapa nak sedekahkan kipas baru untuk aku?
(^__^")
Buat muka comel walaupun sedang kepanasan dengan harapan ada orang nak kasi kipas freeeeeee

Saturday, December 12, 2009

Italian B.M.T Subway

::ZaZa
Saturday, December 12, 2009
Tu apa aku nak makan kejap lagi
Jangan jeles uolsss


Jumaat-Sabtu-Ahad
Duduk rumah senyap-senyap
Apa nak jadi pun, tunggang terbalik la kat dalam rumah
Dah lama tak rasa macam ni
Tu ah..selalu merayap jer

Exam Isnin ni

Takut okay
Cuak okay

Sampai mimpi-mimpi
Blerghhh


Memang la serabai tak terurus sebab exam
Tapi kan...
Dalam kepala ada hati..
Nak buat rambut..Nak beli jeans baru..Kasut lari-lari baru.. Telepon bimbit baru.. Kamera digital baru..


Hello.. Kene pilih yer.. Tak boleh semua ah
Kopak Makcik Roseah macam ni..Tskkk


Still tak boleh nak decide..
Hmphhh...
Mana priority tak abis analyse lagi


Yang tahu..
Yang dah boleh decide..

Nak sambung balik buat soalan yang terbengkalai tu..

Jahat ah laptop..Berani panggil aku masa aku study tadi.. Cissss..Aku terpedaya..

Thursday, December 10, 2009

Drama

::ZaZa
Thursday, December 10, 2009
Aku nampak sabit-pisau-parang
Benda-benda tajam merbahaya sekalian cucuk berkali-kali kat dada aku
Darah mengalir
Tak henti-henti




Macam tu lah perumpamaan yang paling tepat keadaan aku
Hari ini, semalam dan semalam semalam.


Esok tak tahu lah..


Moga akan ada keajaiban yang membuatkan segala luka pulih seperti sedia kala.. Secepat mungkin please.......

Aku dah tak tahan lagi

:'(


p/s: Drama giler ayat. Macam tak boleh blah pulak bile baca kembali. Mungkin bile tido semuanya akan normal. OK. Aku tido sekarang. Bye

Monday, December 7, 2009

Ngap ngap ngap

::ZaZa
Monday, December 7, 2009
Sepetang bersama PPG..
Aktiviti yang tidak lain dah tidak bukan ialah MAKAN
Owhh..
Walaupun jam 5 tadi aku dah melantak Milk Digestive Choc Biscuits sorang-sorang kat cubicle, entah kenapa aku boleh nak layan lagi makan-besar petang dengan diorang

Nunu dah ugut kalau taknak, cakap cepat. No cancellation after 5 minutes. Kalau tak, dia nak sekeh sekor2.. Kejam kan? Ye..itulah Nunu yang sebenar (^__^")

Entah apehal aku dok gatal nak benda manis.. sweet-sweet gitu.. Mengenangkan hasrat nak cupcakes wondermilk tak dapat, kali ni.. aku nak jugak! Nak jugaaaak!
Ye, dasar pelahap..Uhuk..So, aku bersetuju dengan penuh rela keluar dengan PPG

Kita together-gether naik keta sport Nunu yang girlish itu..

Vrroommm..

Sampai kat McD, PPG dah sibuk2 kat counter. Tak pandang kiri kanan dah terus je order. Aku tercangak berfikir sendirian. Hmmm.. Apa aku nak makan nehh..

Wokeh, dapat idea. Aku beli ala carte. Ribena, Curly Fries dan juga Chicken Burger.

Aku angkut tray yang ada air dengan fries je sebab burger tak masak lagi...Duduk kat satu spot yang tak kene hujan.Lalalala.. Aku makan dengan penuh asyik curly fries. Pastu burger pun sampai. Nunu dan Mekay 'paksa' aku makan walhal sebenarnya aku nak simpan perut sebab nak makan cupcake!

Ngap!.. Aku gigit burger.. Tapi yang aku mampu gigit roti dia jer. Apehal??? Gigi aku dah tak boleh nak gigit? Nightmare nihhhh..

Aku taknak habiskan cerita boleh? Sekian..

Sunday, December 6, 2009

New Moon Best kan?

::ZaZa
Sunday, December 6, 2009
Jacob si Warewolf atau Edward si Vampire?
Kamu suka yang mana?
Complex bukan?
Apa pun, yang aku yakin suka adalah lagu ini
Never Say Never by The Fray =)

DagDigDug

::ZaZa
Last Friday pegi IKEA untuk lunch. Makan 5 meatballs dan daim cake yang best ituh.

Kat belakang ada sorang amoi. Dia sumbat telinga dengan earphone sambil tu nota penuh atas meja makan untuk 6 orang. Apesal entah amoi ni ingatkan aku pada diri sendiri.

Gigihnya study... Kat IKEA pun nak kene baca buku macam tu?. Agak-agakla kan..
Perrghhhh...

Dah setel makan, masa nak blah.. Aku sempat usya buku dia. Advanced Performance Management. Errkkk. Padanlah......Kau amik exam ACCA rupanya (^_^')


Malam tadi KK ada sms ajak pegi Kayu. Sebenarnya hasrat dihati memang naaaakk sangattt. Sebab aku tak dinner pun lagik. Memang cun-cun la time dia sms jam 8 lebeh.. Tapi, masa tu aku tengah study, again...untuk kesekian kalinya say sorry to KK sebab tak boleh nak join.

Kesian kat PPG terbiar seketika. Nak buat camana. Exam buat aku sengsara-jiwa-tertekan segala.

Aku nak 'critical time' ni cepat berakhir tapi at the same time, aku taknak pula.. sebab aku cuak giler. Haishhhhhhhh

Benda ni effect hidup aku. Aku taknak gagal lagi. Aku akan sangat kecewa. Ouhh..

Banyak benda aku nak buat.. tapi stuck sebab tak setel belajar lagi. Dang!

14 exam. 14 malam tu dah ada plan dengan PPG. Hoyeahhh..

Separuh jiwa suka, Separuh jiwa debar sangat.

Wednesday, December 2, 2009

WTF ada kete sport hitam kat opis. Sapa punya?

::ZaZa
Wednesday, December 2, 2009
Hari ni aku menyotong-kangkung kat ofis
Jam 6petang masih di kerusi tingkat enam belas itu
Hujan yang tadinya lebat..sudah berhenti..
Keje tak siap lagi..
Semua orang dah balik..
Macam siput babi bergerak aku buat keje?
Hello...Aku dah guna gear 5 keta sport pinjam kat parking opis dah ni..
Awal bulan, tengah bulan, akhir bulan..
Dah sama dah..
Aiishhhhhhh


Sekian luahan perasaan ikhlas..
Saya melaporkan bagi pihak diri sendiri

Monday, November 30, 2009

Lemau lihat nota dah

::ZaZa
Monday, November 30, 2009
Lunch tadi aku makan kuetiow kungfu panda kat santai
Takdelah kenyang giler
So so ajer

Dah menjelang malam, perut dah krok krak
Nekad nak tapau makanan lepas maghrib

Setel apa yang patut
Dah pakai lawa-lawa sikit
Dah nak keluar dah ni..


Shhhrruhhh
Shhhrrriiihhhhhhhhh
(Bunyi hujan lebat)


Hancur musnah harapan nak pegi makan

Adehhh
Terus terduduk kat kerusi plastik merah
Tangan menongkat dagu

Aku lapar nehh
Megi je ada
Aku taknak makan megi!

Call roommate..Dengan harapan tinggi menggunung dia nak tapau makanan


Dan dia ada kat parking bawah rumah

Yeayyyyyyyyyy

Terus ke giant kj, makan kat sushi king
Sushi banyak-banyak bersama air teh hijau panas

Best woh!



Okay-okay...Nak sambung study balik la ni..

Sunday, November 29, 2009

L for what?

::ZaZa
Sunday, November 29, 2009
Bile kau duduk dan berfikir dalam-dalam,

Kau nilai diri kau sendiri
Kau benchmark dengan siapa-siapa yang kau selalu lihat di sekeliling kau


Sejenak, kau akan berasa diri kau LOOSER



Dan itu perasaan aku sekarang..

Btw, aku dah penat jadi looser
Sigh.....
:(

Saturday, November 28, 2009

2012 Saya bawak anak saya

::ZaZa
Saturday, November 28, 2009
Bile aku balik rumah, aku menempek je dalam rumah. Tak keluar-keluar. Kalau seminggu pun aku boleh tahan duduk dalam rumah jer. Hebat tak? Orang kata memang macam anak dara habis lah..


Semalam aku pegi Sembahyang Raya dengan Abah, Mak, Adan dan juga Adik. . Lepas solat, terus 'kene' pegi rumah kawan baik mak. Haishhh.. Ni aku kurang gemar la nak mingle-mingle around dengan makcik pakcik yang aku tak kenal pun. Bukan sombong dowh.. Memang tak boleh nak mengelak la sebab terus pegi rumah makcik itu. Nasib baik aku pakai tudung, ada makcik tu pakai telekung sebab tak pakai/bawak tudung. Kekdahnya makan laksa, pulut, kuih bagai dan pakai telekung?? Ohh.. Ini surprise namanya..

While abah bertakbir bersama ahli surau, there's a small boy, comel berbaju melayu datang duduk melekat kat aku. Macam dah takde orang lain dah kat situ. Kenapa aku? Kenapa???

Dia duduk senyap2 atas riba aku. Sekejap2 dia kejap bangun, sekejap2 dia duduk pula. Pegang-pegang lengan baju aku. Aku biar je la kan..

Selesai bertakbir..

Makcik pertama datang kat aku dan tanya kuat-kuat, "SUAMI MANA?"

Muka aku terus berubah.. Dan semua mata memandang aku. *
&^%#*^(&^^.. Aku belum kawen la..
Kalau makcik rapat sangat dengan mak saya, mesti lah makcik tahu saya ni dah kawen ke belum kaaaan?

Makcik yang duduk depan rumah aku pun terus sampuk.. La...ingatkan tu anak.. Dia tunjuk kat budak kecil comel tuh.. Sabar je la..


Adakah aku dah macam mak budak??

Uwaaaaaaaaaa

Tak suka.. Tak suka wehhh..

Thursday, November 26, 2009

gym-waley

::Salmea
Thursday, November 26, 2009
hello..


lama dah tak hapdate..urm...rs di hati nak hapdate tp apakan daya kerja adalah byk..pastu tension n solution nyer? tdo awal lah u olss thts y dah lama tak berblog...

anyway...


lunch hour td tetiba wat keputusan drastik....nak ke gym kekdahnya...sbb? menyampah tgk 'kelemak' kat badan ni...kadar kelemak yg melampau yer u olss..i cant take it anymoh..---->kate kak B.... opss kak b..aku pinjam nama kaw yer ..

so sorg2 la menghadapi kemelut jam d LDP itew...aku pon tak paham apsal la ada org bwk kete slow2 cam br dapat lesen? aku rs org br dapat lesen pon bwk lagi laju dr tu...or mayb diorg yg bwk slow2 tu takde keje??kejenya nak menyiput atas jalan raya ajer???---->geram nih....


so smp gym dlm masa 30min....

ni diaaa... kak jah bersenam....hiyargh333!!!





lagi 7.59min to go u olss..

haa...motip gambar kat atas ni? sengeih2 siput sedut tiap2 minit yg berlalu adalah rs terseksa..bkn apa...sbb berdebar2 tak tau nak makan apa....nak makan megi dah muak..dah tahap nak muntah kuar cacing dah.....


so.....start la pkr lam pala nak makan apa?senarainya adalah 1) MCD----NNNNNOOOOOOOOOOOOO...!!! byk minyak n kelemak *reject
2)Kenny Rogers------urm ritu makan kat outlet sunway hanyirrr... *reject
3) Sushi -----tetiba my aunt ckp "hey..tu nasik laaa....blabblbalbala"....*reject jugak..huhuhu

tetiba..otak ku bernas.....!! toink222 makan sandwichh... yihuuuu.....bernas kan??
adalah memakan chicken triple decker...tuuu diaaahh.....




bila nak blk pulak...tetiba jam tahap kelampai pulek...geram seh...apsal jam tetengah hari buta??anyway, utk menghilangkan kegusaran dan kegagapan takot smp lambat n nnt boss marah..aku adalah me-message my old fren...phew...nasib baik ada gak tempat utk meluahkan perasaan ketika tersadung dlm trafik jam...phewwww...(again n again)

sekian..


chow~~
salMEa...

Spongebob vs Penguin

::ZaZa
Dah selamat sampai kat Lumut jam 12 tadi. Pagi tadi suppose nak bangun jam 6 tapi.....entah macam mana handphone (alarm clock) ada bawah tilam. Pelik okay macam mana boleh menyorok kat situ. Sapa sorokkan ha? Berani ye..Aippp... Fine, aku tido sorang weh malam tadi...

Sedar-sedar dah nak dekat pukul 7. Kelam kabut la. Nasib baik barang dah kemas siap-siap malam tadi. So, setel-setel apa yang patut.. Vrrrommmm... Apa-apa hal singgah breakfast dulu u olsss.. Kalau tak makan, tangan tak mampu nak pegang stereng.. Kaki tak mampu nak tekan minyak.. Kekdahnya sampai macam tu sekali....Ouh. Aku pun tak sure. Mindset dah macam tu.. Uhuk..
Sampai rumah, terus salam peluk cium mak.. Gegas pegi bilik air. Demmit.. Aku tahan selama sejam.. Habislah organ dalaman aku.. Aishhh.. Lori bagak bawak macam siput sedut. Ingat jalan tu dia punya. Ishhhh.. Nak potong pun cam segan silu sebab jalan zig-zag-zig-zag double line all the way dari Jalan Seberang Perak - Lekir. Ye la.. Kereta sport aku kurang dari 2.0. Sedar diri seh..

Aku keje half day. Tertekan dolll.. Tadi dah la keras sorang-sorang dalam kereta 3 jam setengah. Penat oiii.. Panas jugak lah hati sebab kene kerja.


Semalam borak dengan 'membe terbaek'. Dia cakap..dia busy giler.

Elehhh.. Orang lain pun busy jugak aar..Cehhh
Tapi dia selalu balik lambat. Sampai rumah pun sambung buat kerja lagi. Tadi aku print screen la benda yang menunjukkan aku banyak keje. Lepas tu, dia paste kat aku dia punya pulak.


Ternganga aku wehhh.. Giler ke apa 1920 email yang dia tak bukak pun lagi.. Report ada lagi 1330..



tu semua knowledge kan, so rasa tak rugi all the
experience



jadi macam , serap je semua




p/s: Mampukah nak tukar dari Penguin ke Spongebob????
p/s/s: Thanks to KK sebab ajar aku satu-satu hal tentang screenhunter. Walaweyyy..





Monday, November 23, 2009

Mata Panda Comel

::ZaZa
Monday, November 23, 2009

Dalam banyak-banyak benda yang dijual kat Pasar Malam Jonker Street, Mata Panda ni yang aku beli. RM3 jer. Sapa-sapa nak beli penutup-mata-masa-tidur ni, bolehlah singgah ke Melaka.
Melaka, adalah dalam 2jam perjalanan dari Kelana Jaya. Duit minyak mungkin RM30 dan duit tol juga RM30 pergi balik naik kereta sport 2.0 Nunu. (Siap ada orang tu ajak race lagi. Tapi Nunu macho. Dia taknak. Dia cakap kalau kereta dia 4.0, baru dia race).
Gila ah. Suka aku je buat cerita. Yang sebetulnya, sila rujuk disini. Jangan percaya sangat kecuali hal MataPanda RM3.
Ada lagi satu yang aku beli..Cekak Bling-bling. Tak snap pic pun. Teddy Bear ni 'lelaki', jadi dia tak boleh pakai cekak. Maintain macho gitewwwwwww.
Dalam banyak-banyak benda, aku beli cekak dengan Penutup-mata-tika-tidur ni jer. Kenapa?
  1. Murah amat
  2. Cute. Panda adalah binatang yang cute sangatttttt.. Tapi, penguin lagi cute kan??
  3. Aksesori mata yang menarik. Masa tidur pun boleh bergaya woh
  4. Bile takut tidur gelap, tak payah tutup lampu masa tidur. Boleh pakai je benda ni dan tidur dengan nyenyak
  5. Bile tak suka tengok muka orang sebelah yang pakai bedak sejuk atau air liur dia meleleh masa tidur, mata panda ni memang sesuai dari melihat pandangan yang kurang enak.
  6. Bila sedang best-best tidur, tiba-tiba suami bangun nak baca buku selamber dia ON lampur pendaflour. Hamek kawwww.. Terjaga terus. Potong weh potongggg. Eh eh eh suami takde lagi ar.. Bakal suami memang kene suka baca buku. Aku dah siap beli mata haiwan comel ni wehhhh..

Dah. Takmo merapu dah. Nak tido.

Goodnite

IzaazzZZZzzz

 
PPG Plus One © 2009. Design by Pocket