Masih di kampung halaman dan perasaan untuk pulang ke Kelana Jaya ialah KOSONG. Taknak balik KJ. Taknakkkk.. Taknaaakkk... (hentak kaki plssss)
Baju-baju dah dikemas. Sedih sewaktu lipat baju yang tak berapa banyak tu...Kuih raya nak kasi officemate mak dah pack kan. Semangat ye nak anak dia pulang ke kota raya secepat mungkin sesudah subuh esok pagi. Ouchhh..Atau mak taknak saya lupa kuih raya 2 balang itu. Nanti kawan-kawan di ofis akan mengamuk tak tentu pasal sebab yakin-dengan-sepenuh-hati saya pasti bawa buah tangan.. Cehhhh.. Air liur mereka dah meleleh teringat rempeyek.. Sorry..tahun ini rempeyek-kacang bertaburan-sedap tu takde, sebab masa saya singgah di kedai untuk memborong, rempeyek dah SOLD OUT. Padanla..saya pulang pun sehari sebelum raya kan...(*angan-angan: rasa nak bukak bisnes rempeyek pulak bulan puasa tahun depan, bajet mesti laku giler...Duit oh Duit..)
Walaupun di kampung halaman tak ada Coffee Bean, Starbucks atau Nandos, Kenny Rogers mahupun Nasi Kandar Kayu, Pelita segala...(wehh, banyak giler kalau nak list kan...)...Tapi kat sini ada Nasi Beriani Samudera yang enak, ada kuih muih yang MURAH dan SEDAP sampai hari-hari tak jemu nak beli, Nasi Lemak yang buat kau lupa hal kalori kolestrol segala, Kek coklat RM10 yang mak beli sampai 5 sebab sedap gile confirm boleh buat kau terkenang sampai bila-bila.. Kat KL ada??? Ada yang murah, sedap, enak?? TAKDE. DOT
Kat sini ada Laut..Kat KL ada? Ada???? TAKDE....
Kat sini ada jual contact lense harga RM45 sekotak. Kat KL ada? Ada??? TAKDE....... Kat KL RM60 okay..Walhal benda sama jer.(sebab baru tadi beli dan sewaktu proses jual-beli diadakan, ternganga bile Amoi tu cakap RM45.. Hah!.. Saya tanya untuk kali kedua untuk kepastian.."berapa?".. "empat puluh lima saja maaa"... Terus ambil 2 box... Huweee..Kan dah jimat RM30)
Okay okay. Sebut takde segala tempat makan yang well established dek brand, nampak sangat rumah saya macam ULU ke? Ye la.. mengaku..mengaku..Boleh tahan la kan ke-ULU-an dia, but who cares??? Di sini bumi dipijak...adik-adik, sila sambung simpulan bahasa itu :P
Walau apa pun, saya harus terima hakikat.
Esok memang kene balik :(
ESOK, moga saya selamat sampai hendakNYA :)
XOXO
Esok nak drive dah. Mahu tido awal. Nite everyone. (Mahu mimpi bos suruh extend cuti lagi sehari)
p/s: Cant wait to meet PPG.. Ini yang paling lama tak gossip-makan-beriadah bersama...Hoyeahh
Fat Journey
5 years ago
2 comments:
kat KD ni ada la jual contact lens RM50, dah bgtau kau but kau tak nak beli situ kot :p
tu bukan kaler yg dia nak kot
Post a Comment