Sunday, March 6, 2011

blank

::Salmea
Sunday, March 6, 2011
blankk...
tq.

Thursday, June 3, 2010

Ceh

::ZaZa
Thursday, June 3, 2010
Dah 3 kali aku bangkit pegi cuci muka.
Berlemuih-melekit-comot


Sebijik! Macam aku ada dalam oven sekarang~

*Tetibe teringat famous amos weh!Erks..

Monday, May 31, 2010

Jatuh

::ZaZa
Monday, May 31, 2010
Buat ini tak kene
Buat itu tak kene

Semua serba tak kene

Tak buat salah
Buat pun salah

Semua pun salah



Rasa useless
Macam sampah



Pathetic kan?

Thursday, May 13, 2010

Waiting for..

::ZaZa
Thursday, May 13, 2010
aku taknak pegi mandi lagi boleh tak??? taknak pegi keje. taknak buat apa-apa. taknak jumpe siapa-siapa. aku macam tak boleh nak buat apa pun ni.. semangat dah terbang hilang di bawa angin.. 100 dangsss for me, myself!!!
Semangat, sila cari jalan pulang!! I REALLY NEED YOU!!!!!

Fajar terbit dan burung berkicau

::ZaZa
Sekarang jam 7.37 pagi weh
Aku depan lappy update blog
Mesti la korang pelik kan?
Yang nyata, aku tak work from home hari ni
Aku kene pi opiss
Jam 11 ada meeting
Yer..aku tak mandi lagi tapi mengadap benda ni
Walaweyyyy
Semua housemate sedang kepoh-kecoh-siap-lawa-lawa
Aku dengan muka comot ada lagi kat bilik

Hsemate 1 : Ijat... Ko work from home ker
Hsemate 2 : Dia pegi ofis tu..Baju dah iron dah
Aku : HA AHHHHHHHHHHHH... AKU PEGI OPISSSS..

Semalam jam 1.42 pagi aku tak tido lagi
Aku pun update blog
Dah start karang dah ni
Nak luah isi hati terpendam
Sedap punya taip..
Tetibe laptop aku blank
Mati sendirik
*$%*(&)((*_$&**&^*(

Aku terus tutup lampu
Then tido

Sengal punya laptop
Aku dah penuh dengan feeling dah nak tulih..
Sekalikkkkkkkkkkkkk
Ishhhhhhhhhhhhhh


Luahan perasaan tentang perkara yg terpendam terus terhenti disitu
Sengaja nak suruh i pendam pendam lagi
Ouh

Wednesday, February 24, 2010

Nasib si labu labi

::ZaZa
Wednesday, February 24, 2010
Tahu tak today aku EL???
Sebabnya aku amatlah sedih bile mengenangkan nasib diri ini
Dah lama tak rasa down macam ni
Aku ingat hari ini aku nak rest kat rumah

Duduk diam-diam taknak jumpe orang
Duduk diam-diam taknak pegi ofis
Duduk diam-diam taknak tengok laptop pun

Masa tengah hari, ada sms dari teammate
Ada keje aku kene buat
Aku pun reply,
"laptop aku kat opish.. Ye la aku buat la malam nanti"

2 jam lepas tu, boss aku pulak call
Bla bla cakap aku kene buat benda tu
Weh, kan aku dah cakap kat teammate aku buat malam nanti??

Pelik sebab hal2 keje yang sepatutnya aku setelkan, bos aku tak tahu menahu.. Tetibe call suruh buat plak.. Kecoh ahh diorang ni

Bukannya aku lagi happy
Lagi sedey ada lah

Okay, nak sambung keje
Bye

Thursday, December 10, 2009

Drama

::ZaZa
Thursday, December 10, 2009
Aku nampak sabit-pisau-parang
Benda-benda tajam merbahaya sekalian cucuk berkali-kali kat dada aku
Darah mengalir
Tak henti-henti




Macam tu lah perumpamaan yang paling tepat keadaan aku
Hari ini, semalam dan semalam semalam.


Esok tak tahu lah..


Moga akan ada keajaiban yang membuatkan segala luka pulih seperti sedia kala.. Secepat mungkin please.......

Aku dah tak tahan lagi

:'(


p/s: Drama giler ayat. Macam tak boleh blah pulak bile baca kembali. Mungkin bile tido semuanya akan normal. OK. Aku tido sekarang. Bye

Sunday, November 29, 2009

L for what?

::ZaZa
Sunday, November 29, 2009
Bile kau duduk dan berfikir dalam-dalam,

Kau nilai diri kau sendiri
Kau benchmark dengan siapa-siapa yang kau selalu lihat di sekeliling kau


Sejenak, kau akan berasa diri kau LOOSER



Dan itu perasaan aku sekarang..

Btw, aku dah penat jadi looser
Sigh.....
:(

Saturday, November 28, 2009

2012 Saya bawak anak saya

::ZaZa
Saturday, November 28, 2009
Bile aku balik rumah, aku menempek je dalam rumah. Tak keluar-keluar. Kalau seminggu pun aku boleh tahan duduk dalam rumah jer. Hebat tak? Orang kata memang macam anak dara habis lah..


Semalam aku pegi Sembahyang Raya dengan Abah, Mak, Adan dan juga Adik. . Lepas solat, terus 'kene' pegi rumah kawan baik mak. Haishhh.. Ni aku kurang gemar la nak mingle-mingle around dengan makcik pakcik yang aku tak kenal pun. Bukan sombong dowh.. Memang tak boleh nak mengelak la sebab terus pegi rumah makcik itu. Nasib baik aku pakai tudung, ada makcik tu pakai telekung sebab tak pakai/bawak tudung. Kekdahnya makan laksa, pulut, kuih bagai dan pakai telekung?? Ohh.. Ini surprise namanya..

While abah bertakbir bersama ahli surau, there's a small boy, comel berbaju melayu datang duduk melekat kat aku. Macam dah takde orang lain dah kat situ. Kenapa aku? Kenapa???

Dia duduk senyap2 atas riba aku. Sekejap2 dia kejap bangun, sekejap2 dia duduk pula. Pegang-pegang lengan baju aku. Aku biar je la kan..

Selesai bertakbir..

Makcik pertama datang kat aku dan tanya kuat-kuat, "SUAMI MANA?"

Muka aku terus berubah.. Dan semua mata memandang aku. *
&^%#*^(&^^.. Aku belum kawen la..
Kalau makcik rapat sangat dengan mak saya, mesti lah makcik tahu saya ni dah kawen ke belum kaaaan?

Makcik yang duduk depan rumah aku pun terus sampuk.. La...ingatkan tu anak.. Dia tunjuk kat budak kecil comel tuh.. Sabar je la..


Adakah aku dah macam mak budak??

Uwaaaaaaaaaa

Tak suka.. Tak suka wehhh..
 
PPG Plus One © 2009. Design by Pocket