Semalam sudah ke gym. Hari ini pun nak juga. Azam baru 2010 woh. Selagi boleh, mahu menempek kat gym. Hujan panas sanggup aku redah untuk sampai ke Sunway Pyramid woh. Jam yang lemah sikit. Iskkk.. Belum apa-apa lagi, dah mengada nak lunturkan semangat yang tersemat di dada. Takpe. Jam pun Jam lahhhh. Aku pegi jugak!
Plan hari ni ialah pegi gym lepas keje. Pagi tadi bangun sikit punya awal sebab lapar. Hakhak. Dah siap pakai baju semua, pack baju nak pegi gym. Sumbat apa yang patut dalam beg. Siapppp. Bubuh dalam boot kereta. Vrrrooommmmm
Di ofis : Takde masa nak cek email, tak de masa nak cek facebook, takde masa nak calling-calling atau berhuhar di sametime. Kerja macam ashggafdaidyqowdjakldjal. Jam 5.30 pun, momentum keje macam jam 9 pagi. Omg. Omg. Aku memang kene stop. Kalau tak, aku mungkin tak ingat jalan nak balik rumah nanti.
Kringggggggggg..
6 petang : Sedia ke gym. Hoyeahhhh!!! (Gelek pinggang)
Sebelum gerak, aku cek balik apa benda aku sumbat dalam beg gym. Semua ada EXCEPT baju nak work out nanti. Ler.... (tepuk dahi sendiri) Macam mana la boleh lupa.... Uwaaa.. Baru umur 26 woh.. Bukan 62.. Uhuk.. Tapi macam nenek-nenek sudah..Ishhh..
Takkan la pakai sports bra ni jer.I malu U. Kalau body macam gwen steffani atau jessica biel lain ahhhh.. Ini body macam.. macam..errr..eerrrrrr... susah nak sambung ayat tu.. :P
Balik rumah la jawabnya kan..
Kejap lagi pegi gym. Mau usya personal trainer yang hot. Eh eh.. Bukan.. Bukan.. Mau workout sampai keluar peluh ah... daaaaa