Mata.. tutup lah..tutup lah.. Nak tido lagi..Hari ni kan hari Sabtu tak payah
pegi ofis..
Dah pusing 180 darjah pun tak boleh tido pula. Aisssshhhhh...
Bangun awal seperti berperasAn sebagai seorang suri rumah yang lengkap pakai kain batik (ikat kuat-kuat sebab banyak benda nak buat ni). Mula-mula siapkan sarapan pagi yang lengkap. Bihun goreng. Tak dilupakan bawang goreng, telur dadar, cili potong, keropok, dan teh O. (melayu sungguh menunya kan)
Kutip segala kain baju yang ada. Asingkan mengikut warna. Basuh baju, kain, stoking, seluar, semua lah senang cakap. Sementara sedang tunggu mesin tittt..tittttt..tttttiiiiiiiiiiiiiiiittt, capai penyapu dan sapu semua sudut ruang dalam rumah. Termasuk sawang segala dan kipas 'ceiling' juga. Ambik batang mop dan mop lantai sampai boleh nampak muka sendiri.
tittt..tittttt..tttttiiiiiiiiiiiiiiiittt
Jemur baju. Dah siap, lap cermin tingkap, cermin muka, kabinet dapur, microwave, almari buku. Laplah apa yang patut.
Kemas peti ais.
Cuci toilet.
Prepare nak masak apa pulak. Menu hari ini adalah menu kegemaran suami tersayang. wahhh.. Suami tersayang...
Berangan tak hengat.. Okay okay. Suami tersayang tak ada lagi. Bab nak buat keje bibik pun memang tipu. Yang betul cuma nak basuh baju. Breakfast pun minum air nescafe 3 in 1 jer ni. Isk.. Bakal laki dengar perangai gini, terus Triathlon
Dah dah.
Senarai-paling-mahu-buat hari ini
MEMBACA BUKU SEPANJANG HARI