Saturday, November 28, 2009

2012 Saya bawak anak saya

::ZaZa
Saturday, November 28, 2009
Bile aku balik rumah, aku menempek je dalam rumah. Tak keluar-keluar. Kalau seminggu pun aku boleh tahan duduk dalam rumah jer. Hebat tak? Orang kata memang macam anak dara habis lah..


Semalam aku pegi Sembahyang Raya dengan Abah, Mak, Adan dan juga Adik. . Lepas solat, terus 'kene' pegi rumah kawan baik mak. Haishhh.. Ni aku kurang gemar la nak mingle-mingle around dengan makcik pakcik yang aku tak kenal pun. Bukan sombong dowh.. Memang tak boleh nak mengelak la sebab terus pegi rumah makcik itu. Nasib baik aku pakai tudung, ada makcik tu pakai telekung sebab tak pakai/bawak tudung. Kekdahnya makan laksa, pulut, kuih bagai dan pakai telekung?? Ohh.. Ini surprise namanya..

While abah bertakbir bersama ahli surau, there's a small boy, comel berbaju melayu datang duduk melekat kat aku. Macam dah takde orang lain dah kat situ. Kenapa aku? Kenapa???

Dia duduk senyap2 atas riba aku. Sekejap2 dia kejap bangun, sekejap2 dia duduk pula. Pegang-pegang lengan baju aku. Aku biar je la kan..

Selesai bertakbir..

Makcik pertama datang kat aku dan tanya kuat-kuat, "SUAMI MANA?"

Muka aku terus berubah.. Dan semua mata memandang aku. *
&^%#*^(&^^.. Aku belum kawen la..
Kalau makcik rapat sangat dengan mak saya, mesti lah makcik tahu saya ni dah kawen ke belum kaaaan?

Makcik yang duduk depan rumah aku pun terus sampuk.. La...ingatkan tu anak.. Dia tunjuk kat budak kecil comel tuh.. Sabar je la..


Adakah aku dah macam mak budak??

Uwaaaaaaaaaa

Tak suka.. Tak suka wehhh..

Thursday, November 26, 2009

gym-waley

::Salmea
Thursday, November 26, 2009
hello..


lama dah tak hapdate..urm...rs di hati nak hapdate tp apakan daya kerja adalah byk..pastu tension n solution nyer? tdo awal lah u olss thts y dah lama tak berblog...

anyway...


lunch hour td tetiba wat keputusan drastik....nak ke gym kekdahnya...sbb? menyampah tgk 'kelemak' kat badan ni...kadar kelemak yg melampau yer u olss..i cant take it anymoh..---->kate kak B.... opss kak b..aku pinjam nama kaw yer ..

so sorg2 la menghadapi kemelut jam d LDP itew...aku pon tak paham apsal la ada org bwk kete slow2 cam br dapat lesen? aku rs org br dapat lesen pon bwk lagi laju dr tu...or mayb diorg yg bwk slow2 tu takde keje??kejenya nak menyiput atas jalan raya ajer???---->geram nih....


so smp gym dlm masa 30min....

ni diaaa... kak jah bersenam....hiyargh333!!!





lagi 7.59min to go u olss..

haa...motip gambar kat atas ni? sengeih2 siput sedut tiap2 minit yg berlalu adalah rs terseksa..bkn apa...sbb berdebar2 tak tau nak makan apa....nak makan megi dah muak..dah tahap nak muntah kuar cacing dah.....


so.....start la pkr lam pala nak makan apa?senarainya adalah 1) MCD----NNNNNOOOOOOOOOOOOO...!!! byk minyak n kelemak *reject
2)Kenny Rogers------urm ritu makan kat outlet sunway hanyirrr... *reject
3) Sushi -----tetiba my aunt ckp "hey..tu nasik laaa....blabblbalbala"....*reject jugak..huhuhu

tetiba..otak ku bernas.....!! toink222 makan sandwichh... yihuuuu.....bernas kan??
adalah memakan chicken triple decker...tuuu diaaahh.....




bila nak blk pulak...tetiba jam tahap kelampai pulek...geram seh...apsal jam tetengah hari buta??anyway, utk menghilangkan kegusaran dan kegagapan takot smp lambat n nnt boss marah..aku adalah me-message my old fren...phew...nasib baik ada gak tempat utk meluahkan perasaan ketika tersadung dlm trafik jam...phewwww...(again n again)

sekian..


chow~~
salMEa...

Spongebob vs Penguin

::ZaZa
Dah selamat sampai kat Lumut jam 12 tadi. Pagi tadi suppose nak bangun jam 6 tapi.....entah macam mana handphone (alarm clock) ada bawah tilam. Pelik okay macam mana boleh menyorok kat situ. Sapa sorokkan ha? Berani ye..Aippp... Fine, aku tido sorang weh malam tadi...

Sedar-sedar dah nak dekat pukul 7. Kelam kabut la. Nasib baik barang dah kemas siap-siap malam tadi. So, setel-setel apa yang patut.. Vrrrommmm... Apa-apa hal singgah breakfast dulu u olsss.. Kalau tak makan, tangan tak mampu nak pegang stereng.. Kaki tak mampu nak tekan minyak.. Kekdahnya sampai macam tu sekali....Ouh. Aku pun tak sure. Mindset dah macam tu.. Uhuk..
Sampai rumah, terus salam peluk cium mak.. Gegas pegi bilik air. Demmit.. Aku tahan selama sejam.. Habislah organ dalaman aku.. Aishhh.. Lori bagak bawak macam siput sedut. Ingat jalan tu dia punya. Ishhhh.. Nak potong pun cam segan silu sebab jalan zig-zag-zig-zag double line all the way dari Jalan Seberang Perak - Lekir. Ye la.. Kereta sport aku kurang dari 2.0. Sedar diri seh..

Aku keje half day. Tertekan dolll.. Tadi dah la keras sorang-sorang dalam kereta 3 jam setengah. Penat oiii.. Panas jugak lah hati sebab kene kerja.


Semalam borak dengan 'membe terbaek'. Dia cakap..dia busy giler.

Elehhh.. Orang lain pun busy jugak aar..Cehhh
Tapi dia selalu balik lambat. Sampai rumah pun sambung buat kerja lagi. Tadi aku print screen la benda yang menunjukkan aku banyak keje. Lepas tu, dia paste kat aku dia punya pulak.


Ternganga aku wehhh.. Giler ke apa 1920 email yang dia tak bukak pun lagi.. Report ada lagi 1330..



tu semua knowledge kan, so rasa tak rugi all the
experience



jadi macam , serap je semua




p/s: Mampukah nak tukar dari Penguin ke Spongebob????
p/s/s: Thanks to KK sebab ajar aku satu-satu hal tentang screenhunter. Walaweyyy..





Monday, November 23, 2009

Mata Panda Comel

::ZaZa
Monday, November 23, 2009

Dalam banyak-banyak benda yang dijual kat Pasar Malam Jonker Street, Mata Panda ni yang aku beli. RM3 jer. Sapa-sapa nak beli penutup-mata-masa-tidur ni, bolehlah singgah ke Melaka.
Melaka, adalah dalam 2jam perjalanan dari Kelana Jaya. Duit minyak mungkin RM30 dan duit tol juga RM30 pergi balik naik kereta sport 2.0 Nunu. (Siap ada orang tu ajak race lagi. Tapi Nunu macho. Dia taknak. Dia cakap kalau kereta dia 4.0, baru dia race).
Gila ah. Suka aku je buat cerita. Yang sebetulnya, sila rujuk disini. Jangan percaya sangat kecuali hal MataPanda RM3.
Ada lagi satu yang aku beli..Cekak Bling-bling. Tak snap pic pun. Teddy Bear ni 'lelaki', jadi dia tak boleh pakai cekak. Maintain macho gitewwwwwww.
Dalam banyak-banyak benda, aku beli cekak dengan Penutup-mata-tika-tidur ni jer. Kenapa?
  1. Murah amat
  2. Cute. Panda adalah binatang yang cute sangatttttt.. Tapi, penguin lagi cute kan??
  3. Aksesori mata yang menarik. Masa tidur pun boleh bergaya woh
  4. Bile takut tidur gelap, tak payah tutup lampu masa tidur. Boleh pakai je benda ni dan tidur dengan nyenyak
  5. Bile tak suka tengok muka orang sebelah yang pakai bedak sejuk atau air liur dia meleleh masa tidur, mata panda ni memang sesuai dari melihat pandangan yang kurang enak.
  6. Bila sedang best-best tidur, tiba-tiba suami bangun nak baca buku selamber dia ON lampur pendaflour. Hamek kawwww.. Terjaga terus. Potong weh potongggg. Eh eh eh suami takde lagi ar.. Bakal suami memang kene suka baca buku. Aku dah siap beli mata haiwan comel ni wehhhh..

Dah. Takmo merapu dah. Nak tido.

Goodnite

IzaazzZZZzzz

 
PPG Plus One © 2009. Design by Pocket