Saturday, October 17, 2009

Ayam Sambal Terhangat

::ZaZa
Saturday, October 17, 2009
Dari tahun lepas, kecoh-kecoh ayam sambal.. Masuk tahun ni pun kecoh-kecoh lagi dengan ayam sambal. "KK buatlah ayam sambal.. Kitorang nak makan. Buatlah ayam sambal".. Ayam sambal oh ayam sambal.

Walaupun ayam sambal memang sedap tapi annoying dengar ayam sambal banyak-banyak kali kan? Sebab tu KK sanggup buat ayam sambal so that kitorang tak memekak lagi tentang ayam sambal?

Selalu rumah terbuka akan ada menu-menu standard raya. Tahu kannnn... Nasi impit kuah kacang, ketupat, rendang bagai..Tapi, rumah terbuka DeepaRAYA KK, ayam sambal tu WAJIB-KENE-ADA woh.

Entah sebab dia tak larat nak dengar kitorang (me,nunu and mekay) 'begging' macam aper jer.. At last, KK 'angguk' tanda setuju masak ayam sambal untuk kitorang. Yeehaaaaaaaaaa.. Kita akan makan ayam sambal dan berWii. Let's party bebeh.

Rasanya ni lah rumah terbuka saya berperangai paling tak sopan sebab sukahati gelak tak hengat dan menggelejat.. Ni Wii punya pasal. Bukan salah ayam sambal kasi kitorang hyper. Tak tak..

Wii best. Game yang mula-mula main ialah BOXING. Saya vs Salmea. Kelakar wohh. Sakit tangan sebab tumbuk angin. Sakit perut sebab ketawa. Nunu gelak tersiput sedut jer time ni. Ecececehh.. Ye..ye.. memang tahu perangai Iza and Salmea buruks.. Bile boxing mana boleh ayu sopan.. All out lah orang kata. Kaki tangan semua nak naik dah.. Best sangat..Sampai peluh dibuatnya.

***photos and captions by Nurul



PPG 1: weh apsal tak dapat tumbuk ko?
PPG 2: taktau..hiyarkkk..haha kena ko


PPG 1: hiyarkk..amik tumbukan hikmat 8.1
PPG 2: weh round belom start lagik la..tekan 'A'


PPG 1: hiyark..hiyarkk..K.O..K.O!!!
Kucing : Ni pehal minah ni?? gaya mcm mop lantai pon ader gak..


PPG 1: Smackdownn ko!!!
PPG 2: Weh aku belom readyy..mane acii??


PPG 1: hiyarkkkk....
PPG 2 : weh..tak aci...tak ready lgk..lagi sekali restart..


Ada lagi few games yang kitorang main. Mario cart, Resident evil, Chicken shoot. KK and husband KK sama-sama support PPG yang baru setahun jagung dalam arena Wii. Jakun kan?

Zaman berubah. Nak main tennis tak payah nak berpanas berjemur kat court. Nak main bowling tak payah nak pegi Cinneleisure atau OU bayar satu game RM8.. Tak payah nak bayar extra RM2 kalau takde stoking. Nak main golf, tak payah pegi Kelab Golf Tropicana.. Semua FOC kat rumah KK. Siap dapat makan Ayam sambal lagikkkk.. Jangan jeles uollsss

Thanks a LOT to KK sebab masakkan ayam sambal. Sedap betul. Bukan nak bodek, tapi itulah realiti. Tak percaya? Yang tambah nasi minyak?? Yang tambah ayam? Yang tambah acar?? (Banyak giler tambah..walaweiii)

Oh..Saya dasar pelahap ker? Hahaha.. memang lah kuat makan kan.. Erm..Okay okay. Kita tengok Nunu. Sedia maklum, dia yang taste-ala-omputih memang tak berapa suka makan nasi. Kat rumah KK, siap tambah nasi lagi. Cayalah KK.

p/s: Kalau rajin, masak lagi.. PPG memang sedia datang makaaaannnn.

p/s/s: Agak-agak, kalau orang google ayam sambal, link tak ke blog ni? Banyak sangat perkataan ayam sambal kat dalam entri. Maybe KK boleh letak resepi ayam sambal :)

4 comments:

Salmea said...

hidup ayam sambal..mayb pasni leh ganti kak nab ayam sambal?
tadaaa...(KK ayam sambal specialist)---->bolrehhh kaaaa?

Nurul The Kurus said...

wahh wahh wahh..sempat gik tu mengutuk aku...
anyway KK..thanks for the ayam sambal!

Salmea said...

KK thanksssss again for the mabeles ayam sambel.......me loikeee....it was fun ah g umah kaw..(mula2 ja rs malu sket...pas berboxing + berpeloh smp munchy n sleepy dah larik jauh2...dah steady dah...kahakahkahkahkahkahak)

iza was here said...

oh aku lupa, mlm tadi (i.e. 2 jam just now) aku baru discover yg game dancing2 tu boleh je main without the mat, kena use hands je..next round okay! hihihihi ---> KK..adakah tu hint2 kau akan masak lagi untuk kitorang?..

~lariksssssssssss 100meter berganti-ganti dengan Nunu and Mekay

 
PPG Plus One © 2009. Design by Pocket