Saturday, November 28, 2009

2012 Saya bawak anak saya

::ZaZa
Saturday, November 28, 2009
Bile aku balik rumah, aku menempek je dalam rumah. Tak keluar-keluar. Kalau seminggu pun aku boleh tahan duduk dalam rumah jer. Hebat tak? Orang kata memang macam anak dara habis lah..


Semalam aku pegi Sembahyang Raya dengan Abah, Mak, Adan dan juga Adik. . Lepas solat, terus 'kene' pegi rumah kawan baik mak. Haishhh.. Ni aku kurang gemar la nak mingle-mingle around dengan makcik pakcik yang aku tak kenal pun. Bukan sombong dowh.. Memang tak boleh nak mengelak la sebab terus pegi rumah makcik itu. Nasib baik aku pakai tudung, ada makcik tu pakai telekung sebab tak pakai/bawak tudung. Kekdahnya makan laksa, pulut, kuih bagai dan pakai telekung?? Ohh.. Ini surprise namanya..

While abah bertakbir bersama ahli surau, there's a small boy, comel berbaju melayu datang duduk melekat kat aku. Macam dah takde orang lain dah kat situ. Kenapa aku? Kenapa???

Dia duduk senyap2 atas riba aku. Sekejap2 dia kejap bangun, sekejap2 dia duduk pula. Pegang-pegang lengan baju aku. Aku biar je la kan..

Selesai bertakbir..

Makcik pertama datang kat aku dan tanya kuat-kuat, "SUAMI MANA?"

Muka aku terus berubah.. Dan semua mata memandang aku. *
&^%#*^(&^^.. Aku belum kawen la..
Kalau makcik rapat sangat dengan mak saya, mesti lah makcik tahu saya ni dah kawen ke belum kaaaan?

Makcik yang duduk depan rumah aku pun terus sampuk.. La...ingatkan tu anak.. Dia tunjuk kat budak kecil comel tuh.. Sabar je la..


Adakah aku dah macam mak budak??

Uwaaaaaaaaaa

Tak suka.. Tak suka wehhh..

2 comments:

Nurul said...

hahahahahahah!!!!
(gelak guling)

no komen weh...

iza was here said...

Weh.. Keji.. Gelakkan aku pulak..

AKu tak buat apa-apa..
Aku duduk sebelah mak aku. Tetibe dia datang pastu dia duduk..

Ughh...

 
PPG Plus One © 2009. Design by Pocket