Dalam banyak-banyak benda yang dijual kat Pasar Malam Jonker Street, Mata Panda ni yang aku beli. RM3 jer. Sapa-sapa nak beli penutup-mata-masa-tidur ni, bolehlah singgah ke Melaka.
Melaka, adalah dalam 2jam perjalanan dari Kelana Jaya. Duit minyak mungkin RM30 dan duit tol juga RM30 pergi balik naik kereta sport 2.0 Nunu. (Siap ada orang tu ajak race lagi. Tapi Nunu macho. Dia taknak. Dia cakap kalau kereta dia 4.0, baru dia race).
Gila ah. Suka aku je buat cerita. Yang sebetulnya, sila rujuk disini. Jangan percaya sangat kecuali hal MataPanda RM3.
Ada lagi satu yang aku beli..Cekak Bling-bling. Tak snap pic pun. Teddy Bear ni 'lelaki', jadi dia tak boleh pakai cekak. Maintain macho gitewwwwwww.
Dalam banyak-banyak benda, aku beli cekak dengan Penutup-mata-tika-tidur ni jer. Kenapa?
- Murah amat
- Cute. Panda adalah binatang yang cute sangatttttt.. Tapi, penguin lagi cute kan??
- Aksesori mata yang menarik. Masa tidur pun boleh bergaya woh
- Bile takut tidur gelap, tak payah tutup lampu masa tidur. Boleh pakai je benda ni dan tidur dengan nyenyak
- Bile tak suka tengok muka orang sebelah yang pakai bedak sejuk atau air liur dia meleleh masa tidur, mata panda ni memang sesuai dari melihat pandangan yang kurang enak.
- Bila sedang best-best tidur, tiba-tiba suami bangun nak baca buku selamber dia ON lampur pendaflour. Hamek kawwww.. Terjaga terus. Potong weh potongggg. Eh eh eh suami takde lagi ar.. Bakal suami memang kene suka baca buku. Aku dah siap beli mata haiwan comel ni wehhhh..
Dah. Takmo merapu dah. Nak tido.
Goodnite
IzaazzZZZzzz
1 comments:
"Dia cakap kalau kereta dia 4.0, baru dia race"
hahah bengoing!!
buat aku tergelak mcm panda cacart!
aku patut snap ur pic mase ko model penutup mate tu dlm kete...
i mean klu letak ko n panda sebelah menyebelah..it's hard to tell mane satu panda ori hakhakhak
lariks~
Post a Comment