Thursday, December 31, 2009

Goodbye 2009.

::ZaZa
Thursday, December 31, 2009

Hari ni hari terakhir 2009. Wootttt.. Woootttt. Esok dah 2010 woh. OMG. Cepatnya masa berlalu. Sepantas Usain Bolt berlari 100m.

Mau buat resolusi LAGI? KK cakap, tak payah buat, terus je UBAH. Hmmm.. Setelah ditimbal balik, aku kene gak tahu apa yang nak diubahkan tu. Tapi yang nyata jelas dan jitu, nak jadi lebih baik dari sebelum nyer. Uh. Terlalu am pula kan?. Hmmm.. Kene ambil masa dan fikir. Macam-macam nak tapi ada je kekangan... (Belum apa-apa lagi dah kasik alasan..). Jadi, kene setel satu-satu dan buat time frame supaya nampak dengan lebih jelas. So, hujung minggu boleh plan untuk setahun akan datang. Awwwwww.

Kakak kesayangan pernah cakap.. Dia suruh aku cari gambar benda yang aku nak. Tampal la kat mana2 so that senang nampak. Hmmm...Menarik jugak idea nya. Baru nampak clear sikit kan. Kasi inspirasi agar semangat terus berkobar-kobar sehangat api membara.

Mood nak kerja dah terbang jauh-jauh. Hal yang wajib dah disiapkan. Hal-hal lain...boleh tak 2010 baru buat? Yeayyy.. Tak boleh pun, aku cakap boleh jugak.

Malam ni akan penuh dengan warna warni di langit tepat jam 12 tengah malam. Mesti lawa kan? Tadi singgah di IKEA untuk lunch terakhir 2009 bersama PPG. Belum nak malam pun lagi, jalan dah sesak area Curve dan Cinneleisure. Hmmm.. I'm pondering how will it be at 7,8,9,10 malam nanti.. Mesti keras ar dalam kereta sebab tak gerak. Kwang kwang kwang. Tadi nampak diorang dah setup pentas semua. Ada concert Fly FM.. Faizal Tahir & Jaclyn Victor ada woh..

Spot yang lain untuk countdown adalah di KLCC, area Bukit Bintang, Sungai Wang. Fullamaaakkk. Mesti macam sardin punya. Memang tak pernah terlintas langsung nak pegi area sana. Walaupun meriah, namun....... Arrghh.. Lupakan saja niat itu.

Next spot adalah Look Out Point, Ampang. Kat sana boleh view panorama Kuala Lumpur di malam hari. Bunyi macam menarik kan? Tapi kan.. Jauh la.. Ampang okay..Jalan jammm.. OMG.. Agaknya orang dah habis countdown pun tak sampai-sampai lagi.

Oh oh. Semalam ada orang suggest pegi Sunway Lagoon. Masuk adalah free okay. Ni first time Sunway Lagoon bukak malam-malam. Menarik jugak sebenarnya. Dan mesti ada bunga api bagai kan..Huweeeeeeee

Suggestion dah ada mau pegi mana. Pilih-pilih..

Oh.. Tadi Mak call.. Abah pun cakap jugak. Bla bla bla. Pastu...dia ada pesan 'Jangan celebrate New Year kat mana-mana. Bahaya. Nanti ada orang bunuh-bunuh. Bahaya! Bahaya! Jangan! Jangan!!.'

Owh..owhh.. (muka dah macam tempe) Malam ni duduk rumah. Makan kenyang-kenyang lepas tu tido.. Terbaek. Tak payah nak buang duit minyak tapi kereta tak gerak-gerak. Tak payah nak tense sebab sana sini penuh manusia. Tak bahaya.

Whatttt??? Bunga api? Hah??... Ada! Ada punya... Dalam mimpi :P


Selamat Menyambut Tahun 2010

Semoga Persahabatan PPG kekal selamanya. Stick Friends. BFF ( Pesanan macam dalam buku biodata budak tingkatan lima kan?. LOL)

Okay dah.
Bye
p/s: Kalau korang nak tengok jalan jam ke tak.. CLICK SINI.

2 comments:

Nurul said...

Iza G..pjg giler entry ko!!*clap*clap*
owh ni keje ko smlm ek? kol 3 dah terus on mood New Year. padan la aku nmpk ko rayau2 floor kitaorg
;p

iza was here said...

Haaaa... Itulah dia.. Sapa suruh paksa aku datang keje kan???

 
PPG Plus One © 2009. Design by Pocket